SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Sunday, 9 December 2012

ULANGTAHUN INTERNET KE-40

internet-history
 
Tahukah anda bahawa hari ini, 28 Oktober 2009 internet telah mencapai usia 40 tahun?
 
Internet telah banyak mengubah corak hidup kita. Ia bermula dari hasil kajian saintis untuk kegunaan ketenteraan sehingga membawa kepada munculnya jaringan komunikasi, perniagaan, jaringan sosial dan lain-lain lagi yang mengubah gaya kehidupan nyata kepada kehidupan virtual. Kemunculan internet telah banyak membantu manusia mempercepatkan seharian. E-bisnes, E-mel, informasi, komunikasi, ilmu pengetahuan dan sebagainya adalah sebahagian contoh kemudahan yang diperolehi dari internet. Internet pada asalnya hanyalah sebuah projek kajian untuk ketenteraan di Amerika Syarikat. Ia kemudian berkembang menjadi satu rangkaian yang menghubungkan antara universiti-universiti di Amerika seterusnya merebak ke seluruh dunia. Sempena ulang tahun kelahiran internet yang ke 40 tahun pada 29 Oktober ini, sedikit catatan ringkas bagaimana teknologi internet tersebar ke seluruh dunia yang dipetik dari sebuah buku karangan Katie Hafner dan Matthew Lyon yang berjudul Where Wizards Stay Up Late; The Origin of the Internet.
 
 n
Pada 29 Oktober, 1969, satu sejarah tercipta apabila sekumpulan saintis komputer di University of California, Los Angeles (UCLA) berhubung dengan rakan penyelidik mereka di Stanford Research Institute, kira-kira 350 kilometer di daerah Mountain View menggunakan talian suwa (lease line) dari AT&T. Catatan bersejarah itu ialah apabila ia merupakan sambungan pertama satu komputer ke satu komputer yang lain yang akhirnya menjadi internet apa yang kita nikmati pada hari ini. Penghujung tahun 1969, University California Santa Barbara dan University of Utah berminat untuk menganggotai kumpulan penyelidik jaringan komputer tersebut dan mula diterima sebagai ahli dalam komuniti penyelidikan jaringan komputer yang dikenali sebagai ARPANET. Projek ARPANET ini mendapat dana peruntukan penyelidikan yang besar dari Defense Advanced Research Project Agency, (DARPA). Tahun tahun berikutnya menyaksikan beberapa lagi institusi penyelidikan dana akademi berminat untuk bergabung dan menjadikan ia satu rangkaian penyelidikan terbesar pada waktu itu dalam dunia perkomputeran. Secara umum, setiap bulan akan ada institusi-institusi tersohor yang berminat untuk menyertai projek tersebut. JCR. Licklider merupakan seorang saintis yang berkhidmat di sebuah syarikat berteknologi tinggi terkenal iaitu Bolt Beranek & Newman, BBN Technologies. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab melahirkan konsep ARPANET yang pada awalnya dinamakan sebagai Intergalactic Computer Network pada tahun 1962. Selepas itu beliau ditawarkan berkhidmat sebagai senior saintis di DARPA yang memberi peluang kepadanya mengemukakan idea dan konsep ARPANET untuk dilaksanakan. Sejarah sekali lagi tercatat apabila beliau memperkenalkan teknologi ’packet switching’. Teknologi ini dibangunkan sejak tahun 1960 di oleh beberapa kumpulan penyelidik di beberapa buah universiti di Amerika dan Britain yang dibangunkan secara berasingan. Menurut Licklider, dalam rangkaian yang menghubungkan banyak komputer pada waktu itu, membuat sambungan dengan kelajuan tinggi tidak begitu praktikal, terutama apabila melibatkan banyak komputer serentak menghantar mesej pada satu pelayan (server). Ia akan mewujudkan apa yang dikenali sebagai bottleneck yang menganggu kelajuan sambungan rangkaian. Penemuan packet switching merungkaikan masalah ini dengan memecahkan setiap mesej atau maklumat ke dalam paket-paket kecil yang akan dihantar ke setiap komputer yang berhubung dengan pelayan secara berasingan. Kemampuan teknologi packet switching ini menarik minat syarikat RAND Corporation mengusulkan satu idea untuk menghasilkan satu teknik baru dalam komunikasi digital bagi mengelakkan ancaman nuklear di era Perang Dingin yang hangat diperkatakan pada waktu itu. Namun, saintis yang terlibat dalam projek ARPANET tidak begitu gusar dengan ancaman bom, mereka hanya menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kebolehupayaan rangkaian komputer secara lebih meluas. Pada waktu itu, kemampuan jaringan bagi jumlah komputer yang besar belum begitu stabil. Komponen dan perkakasan jaringan serta komputer di awal kemunculannya bukanlah seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Pembangunan rangkaian komputer pada tahun 1970an membenarkan ARPANET yang hanya dikawal oleh Jabatan Pertahanan Amerka untuk dihubungkan dengan rangkaian-rangkaian lain di luar bidang ketenteraan. Pada tahun 1971, komunikasi melalui jaringan komputer yang dikenali sebagai e-mel di perkenalkan oleh Ray Tomlinson yang juga seorang saintis di ARPANET. Penemuan ini merupakan peringkat akhir projek ARPANET di bawah penyeliaan Jabatan Pertahanan Amerika. Akhirnya pada tahun 1978, ujikaji ARPANET ditamatkan oleh DARPA dan hanya diteruskan oleh institusi penyelidikan dan penyelidikan. Perkembangan pesat terus berlaku selepas munculnya komputer peribadi hasil rekaan dua genius bidang komputer iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak dari Apple Computer Inc. pada tahun 1977. Kemudian ia diikuti pula oleh penemuan World Wide Web (WWW) oleh seorang saintis di makmal European Organization for Nyclear Research (CERN), Geneva iaitu Tim Berners Lee pada tahun 1989. Hari ini, internet berkembang pesat dan ia menyambut ulang tahunnya ke-40 dengan pelbagai aplikasi yang memukau di alam maya. Yahoo, Google, Facebook, Twitter, Firefox, Blog, Amazon, dan ribuan aplikasi internet pada hari ini benar-benar mengubah gaya hidup manusia. Tinggal hanya pengguna untuk menggunakannya ke jalan yang baik atau sebaliknya.
 
Selamat ulang tahun ke 40 dan terima kasih TEKNOLOGI INTERNET!

1 comment: