SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Thursday 6 December 2012

PENGARUH MUZIK KE ATAS MINDA


 


Muzik dapat memberikan inspirasi kepada ramai orang, termasuk para saintis. Misalnya, baru-baru ini dua orang penyelidik melihat otak pemuzik jazz. Mereka tertarik dengan hasil yang diperolehi apabila penghibur muzikal jazz secara spontan membuat gubahan muzik. Mencipta muzik dikenali sebagai improvisasi atau menggubah. Ia agak berbeza dengan mempersembahkan tulisan nota-nota di atas kertas yang kebanyakannya dilakukan oleh penghibur biasa.
Enam pemain piano jazz profesional bersetuju membenarkan otak mereka diimbas oleh sekumpulan pengkaji dari Johns Hopkins Hospital di Baltimore dan National Institute di Deafness and Other Communication Disorders di Bethesda, Md.
 
Dalam eksperimen tersebut pemuzik berbaring di dalam satu tiub dalam alat yang dikenali sebagai functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI). Mesin tersebut merakamkan aliran darah. Jadi apabila seseorang melakukan atau memikirkan tentang sesuatu, para saintis dapat melihat bahagian otak yang manakah paling aktif bekerja.
Dalam alat fMRI, papan kekunci piano diletakkan di atas riba ahli-ahli muzik yang sedang diuji. Dalam satu latihan, mereka memainkan skala nota muzik mengikut turutan. Kemudian, mereka menggunakan nota-nota yang sama untuk menggubah sebuah lagu.
Dalam latihan yang lain, ahli-ahli muzik menghafal satu komposisi muzik jazz dan memainkannya ketika berbaring dalam alat fMRI. Ketika mengalunkan muzik, mereka mendengar satu rakaman alat muzik jenis lain yang dipasang mengiringi bahagian yang berkaitan. Kemudian, ahli-ahli muzik akan menggubah lagu ketika mendengar muzik latar sama.
Keputusan daripada kedua-dua latihan menunjukkan bahawa otak memproses maklumat dari permainan muzik dengan cara tertentu semasa penggubahan. Terdapat aktiviti tambahan dalam bahagian otak yang dikaitkan dengan keupayaan menggambarkan tentang diri pemain muzik yang sedang diuji. Pada masa yang sama, terdapat kurang aktiviti di bahagian otak yang dikaitkan dengan tindak tanduk perancangan dan pengawalan. Kedua-dua bahagian terletak berhampiran otak di bahagian hadapan.
“Apa yang kami boleh simpulkan dari ujikaji ini ialaha, ketika anda memainkan muzik anda sendiri, anda menutup dorongan dari sel otak (impuls) yang mungkin menghalang aliran idea-idea bernas,” kata Charles J. Limb, salah seorang daripada penyelidik. Beliau juga merupakan seorang peniup saksofon jaz terlatih.
Penggubahan muzik ialah satu teknik penting dalam persembahan kreatif. Selepas ujikaji ke atas ahli muzik, penyelidik merancang untuk mengesan aktiviti yang sama dalam otak penyajak, pelukis dan artis-artis lain.

No comments:

Post a Comment