SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Friday 30 November 2012


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Thursday 29 November 2012

BAGAIMANA KELIP-KELIP MENGHASILKAN CAHAYA?


Kelip-kelip (fireflies) atau kunang-kunang ialah spesies serangga sekecil lebih kurang 6mm. Ia tergolong dalam spesies kumbang Lampyridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesies kelip-kelip yang terdapat dalam persekitaran sederhana panas dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesis boleh ditemui di paya atau kawasan tanah lembap (wetland) berhutan. Di sinlah larva kelip-kelip boleh mendapat sumber makanan yang banyak.
Pengeluaran cahaya pada kelip-kelip adalah disebabkan oleh tindak balas kimia di dalam badannya. Tindak balas kimia ini berlaku di dalam organ-organ pemancar cahaya yang khusus, biasanya pada bahagian bawah abdomen. Tindakan enzim luciferase dengan luciferin di dalam organ ini merangsang penghasilan cahaya hijau yang mempesonakan ini.
Proses pengeluaran cahaya dalam kelip-kelip ini dipanggil biopendarcahaya atau bioluminescence. Biopendarcahaya ialah penghasilan cahaya oleh organisma hidup. Fungsinya bagi kelip-kelip dewasa adalah terutamanya untuk mengesan kelip-kelip lain dari spesis yang sama bagi tujuan pembiakan.
 

Sunday 18 November 2012

LEGOLAND MALAYSIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LEGOLAND MALAYSIA
BERSAMA CALON CEMERLANG UPSR 2012
27-11-2012

Friday 16 November 2012

SAINS ADA DI SEKELILING KITA

Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita sedari, sains sentiasa bersama dalam kehidupan kita. Sains wujud semasa kita makan, minum,menonton televisyen,menanam tumbuhan dan macam-macam lagi. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan kepada ilmu sains sejak dirahim ibu lagi. Bayi di dalam rahim diperdengarkan lagu-lagu berbagai genre dengan kecanggihan gadget sains masa kini. Semakin membesar, lebih banyak lagi gadget-gadget sains diperkenalkan kepada kanak-kanak. Jelas didapati, tiada kanak-kanak masa kini yang ‘ buta sains ‘ malah boleh dikatakan amat ‘celik sains’. Artikel yang ditulis oleh Rajiah Hassan dibawah menceritakan serba-sedikit tentang kepentingan sains kepada kanak-kanak masa kini.

Pembacaan, imaginasi sains pada kanak-kanak - Oleh RAJIAH HASAN
KANAK-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.

Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka. Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran.

Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan kedukaan yang mereka alami.
Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan. Pada ketika inilah ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan peranan untuk menggarap apa yang mereka mahukan untuk santapan imaginasi anak-anak mereka. Tidak salah pada usia semuda itu ilmu sains boleh diperkenalkan, sama ada melalui perbuatan atau pembacaan ibu bapa kepada bayinya.

Mungkin ibu bapa boleh menunjukkan gambar-gambar planet dan bintang-bintang yang bergemerlapan secara berulang kali bagi mewujudkan imaginasi cakerawala kepada si bayi.
Sementara itu, kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah mula mengenal objek dan memahami gambar-gambar yang ditunjukkan.

Pada waktu ini pendekatan awal yang bersesuaian sudah boleh digarap. Buku sains selalunya mempunyai gambar-gambar yang menarik dan berkisar tentang kehidupan seharian, seperti anggota tubuh badan, bagaimana makanan diproses di dalam perut, apa terjadi sewaktu ibu mengandungkan adik, mengapa hujan turun, mengapa lampu menyala dan sebagainya.

Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku, terutama fenomena yang dekat dengan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu itu dengan kaedah seringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini adalah penerimaan pertama kanak-kanak.

Menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar. Seandainya kanak-kanak itu didedahkan dengan konsep yang salah, pengetahuan itu akan terus dibawa dan apabila lewat dikenal pasti, adalah sukar untuk guru mengubah konsep atau persepsi tersebut.

Seorang pakar kaji bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat telah mengakui bahawa minat yang mendalam dalam bidang astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika kanak-kanak menyebabkan beliau terus menerawang dalam imaginasi bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan buku dan komik tentang galaksi.

Imaginasi ini terus membawanya pada cita-cita sebagai seorang astronomi dan beliau akhirnya berjaya. Ada banyak lagi kisah saintis-saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka yang tertanam sejak zaman kanak-kanak.

Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan kerana kebetulan, tetapi kesinambungan daripada apa yang diterapkan sejak awal kehidupannya, sama ada disedari atau tidak.
Terdapat banyak buku, majalah mahupun komik kanak-kanak yang berkisar tentang sains dan kehidupan di pasaran masa kini. Ilustrasi yang dibuat juga amat menarik dan konsep yang dibawa cukup dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak.

Bahan bacaan ini dipersembahkan dengan menggunakan warna-warna yang terang dan watak-watak yang cukup menghiburkan. Harga bahan bacaan tersebut juga terdapat dalam julat yang mampu dibeli oleh pelbagai golongan.

Ada banyak tahap bahan bacaan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun selalunya lebih berminat kepada imej bergambar yang ringkas dan berwarna-warni.

Lantaran itu bahan seperti kad imbasan amat sesuai digunakan. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun pula berminat dengan proses sains dan carta yang mudah. Tahap imaginasi mereka juga amat tinggi dan boleh dizahirkan semula dalam bentuk lukisan atau lakon cara.

Sementara bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca, pendekatan lebih kepada penerangan dan cerita yang lebih jelas tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencari sesuatu yang mantap untuk diimaginasikan.

Perasaan ingin tahu yang tinggi adalah sesuatu yang sihat di dalam pembelajaran ilmu sains yang lebih kepada proses sains dan eksperimentasi. Namun demikian, kanak-kanak tidak akan dapat meneroka bahan bacaan yang ada tanpa bantuan daripada orang dewasa.

Ibu bapa bukan sekadar menyediakan bahan, mereka juga boleh membantu anak-anak secara membaca bersama-sama atau berbincang tentang apa yang diperlihatkan oleh bahan bacaan tersebut.
Menerapkan input ilmu ke dalam minda seseorang kanak-kanak adalah seperti mencurahkan air ke atas span yang sentiasa bersedia untuk menyerap seberapa banyak air yang boleh.

Input yang positif akan membuahkan output yang juga positif.

Sememangnya fitrah manusia akan mencari sebab dan akibat tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan, dan ilmu sains merupakan cabang ilmu yang sememangnya mencari bukti kukuh tentang fenomena alam.

Tidak salah membiarkan kanak-kanak berimaginasi tentang sains, dengan konsep dan pendekatan yang betul serta bersesuaian. Hakikatnya, sains adalah fenomena dalam kehidupan.   

Thursday 15 November 2012

FAKTA TUBUH BADAN



1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 kilometer.

2. Saraf di tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah ke hadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Wednesday 14 November 2012

EYE ILLUSION

An old couple - see profiles of faces - is remembering the times when they were young and full of life - see the sitting characters

Drawing hands

Water fall with faces. How many faces can you see?

 
What is this?

 
Bicycle tree

 
A skull?

 
Can you arrange dices like this?

 
Which soldier is the tallest?

Tuesday 13 November 2012

FAKTA TUBUH BADAN

1. Setiap hari, kita kehilangan 100 helai rambut dan 36000 setahun (kecuali anda memang tidak mempunyai rambut)
2. Tubuh manusia dapat bertahan lama tanpa makan daripada tanpa tidur. Kelaparan akan menyebabkan kematian dalam beberapa minggu sedangkan tanpa tidur anda akan mati dalam waktu 10 hari.

3. Sekiranya mayat manusia dibakar, abu yang terhasil secara purata seberat 9 paun sahaja.
4. Bayi lahir dengan 300 tulang tetapi ketika dewasa berkurang hingga 206 tulang saja.
5. Setiap inci kulit kita di huni koloni bakteria sebanyak 32 juta bakteria.

6. Organ dalaman terbesar dalam tubuh kita adalah usus kecil dengan panjang 20 kaki lebih.
7. 85% otak kita adalah air!
8. 300 juta sel mati didalam tubuh kita setiap minit.
9. Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 untuk mengerutkan wajah.

10. Anda berkedip hampir 84 juta kali dalam setahun.
11. Bayi lahir tanpa tempurung kaki hingga umur 2-6 tahun.
12. Secara purata, otak manusia mempunyai 100 bilion sel saraf.
13. Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
14. Perut menghasilkan lapisan mukus (lendir) setiap 2 minggu untuk mengelakkan ia dicerna.
15. Bila kita bersin, semua fungsi tubuh terhenti termasuk jantung.

16. Perut mengambil masa 1 jam untuk mencernakan susu lembu.
17. Telinga dan hidung terus membesar sepanjang hayat.
18. Rambut dan kuku dihasilkan dari bahan yang sama.
19. Setiap saat, 15 juta sel darah dimusnahkan dalam tubuh manusia.

20. Secara purata, jantung manusia berdenyut 3000 juta kali sepanjang hayat dan mengepam 48 juta gelen darah.

Friday 9 November 2012

 
 
SAINS
SUKATAN PELAJARAN

Format PDF

Fail Zip
Integrated Curriculum for Primary School

Integrated Curriculum for Secondary School - Science
Integrated Curriculum for Secondary School - Chemistry

Integrated Curriculum for Secondary School - Biology

Integrated Curriculum for Secondary Schoolh - Physics

Integrated Curriculum for Secondary School - Additional Science

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Format PDF

Fail Zip
Primary
Science Year 1
Science Year 2
Science Year 3
Science Year 4
Science Year 5
Sains Tahun 6 (BM)
Science Year 6 (Eng.)
Secondary
Science Form 1
Science Form 2
Science Form 3
Science Form 4
Science Form 5
Biology
Biology Form 4
Biology Form 5
Chemistry
Chemistry Form 4
Chemistry Form 5
Physics
Physics Form 4
Physics Form 5
Additional Science
Additional Science Form 4
Additional Science Form 5


Dapatkan Acrobat Reader untuk melihat dokumen yang disediakan dalam format PDF

© 2001- 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia. Hakcipta Terpelihara.