SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Saturday 8 December 2012

BAYI DAN ANGKA

 
Tanpa disedari kemahiran matematik yang kita perolehi sejak bertahun-tahun di bangku sekolah sebenarnya telah dipelajari sejak kita masih bayi lagi. Menurut satu kajian terbaru, pada usia 3 bulan bayi telah mula mempelajari konsep pengiraan.
Hakikatnya penemuan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Terdapat penyelidikan yang awal mencadangkan, bayi boleh memberi tindak balas apabila berlaku perubahan bilangan objek pada imej. Tetapi ada sesetengah saintis berpendapat bayi dalam kajian tersebut bertindak balas dengan perubahan pada objek. Walau bagaimanapun kajian lebih awal telah menyokong bayi mampu bertindak balas dengan angka.
Veronique Izard bersama kumpulan penyelidikannya dari Universiti Harvard telah menguji seramai 36 orang bayi yang berusia 3 bulan bagi menjalankan penyelidikan berkaitan bayi dan angka. Semasa ujian tersebut setiap bayi dikehendaki memakai sejenis alat seperti topi dengan alat pengesan yang merekodkan aktiviti elektrik di dalam otak mereka.



-->
Bayi diletakkan atas ribaan ibu bapa sambil mereka menonton beberapa siri imej di skrin komputer. Kebanyakan imej menunjukkan objek yang sama seperti karektor kartun. Pada waktu tertentu menunjukkan bilangan objek pada di skrin tidak berubah.
Kemudian satu persatu perubahan berlaku pada objek atau bilangan objek. Apabila berlaku sebarang perubahan pada objek otak bayi memberi tindak balas berdasarkan corak signal elektrik tertentu. Penyelidik telah menggunakan komputer bagi menganalisis signal elektrik yang terhasil. Mereka telah menjumpai satu bahagian otak yang memberi tindak balas pada perubahan objek. Kedudukan otak itu ialah di bahagian kiri dan atas otak.





-->
Bahagian lain otak yang terlibat berada pada kedudukan sebelah kanan dan bawah otak yang bertindak balas apabila bilangan objek pada imej berubah. Bahagian otak tersebut tidak terlibat dalam penumpuan objek. Menurut Izard lagi, ini mencadangkan otak seorang bayi tidak hanya memberikan reaksi terhadap perubahan pada objek yang mereka lihat. Mereka sebenarnya seperti mampu membezakan perubahan bilangan objek.
Angka dan pengiraan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Walaupun bayi masih jauh untuk mengenali asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi tetapi otak mereka seperti bersedia dengan asas-asas tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment