SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Sunday 2 December 2012

SPESIES YANG BARU DITEMUI

  Monyet hidung pesek
zzzzzzzz 335x224 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zzz 335x223 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Monyet berhidung pesek ini merupakan spesies yang langka dan hanya ada sekitar 20.000 ekor di seluruh dunia. Sebanyak 4,000 daripada mereka diam di wilayah pergunungan China.
Asal usul nama Latin dari monyet ini diinspirasi oleh seorang selir berhidung pesek milik Sultan pada abad ke – 15. Monyet jenis ini memakan lumut rendah protein dan kulit kayu. Untuk melindungi diri dari pemangsanya, iaitu harimau bintang, monyet berhidung pesek ini berkumpul di dalam kelompoknya yang banyak.
 
Ubur – ubur terikat Bonaire
zzzzzz 335x218 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zzzzz 335x251 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Ubur – ubur kotak terikat Bonaire ini hidup di wilayah Kepulauan Caribbean. Lebih tepatnya di sebuah perairan dekat dengan Pulau bernama Bonaire di Caribbean.
Ubur – ubur tersebut merupakan sebuah spesies yang indah namun mematikan. Haiwan ini mempunyai racun pada ekornya yang panjang dan berwarna – warni. Bentuknya kotak seperti layang – layang.
Setelah dibandingkan dengan ubur – ubur lain yang sejenis, the Coalition of the Public Understanding of Science menyatakana bahawa ubur – ubur ini merupakan jenis spesies baru. Oleh sebab itu, seorang guru biologi marin bernama Lisa Peck memberi nama spesies baru ini Tamoya ohboya.
 
Sosis Pengelana Berkaki
zzzz 335x291 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zz 335x312 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Spesies baru di atas sebenarnya masih sekeluarga dengan kaki seribu. Namun bezanya, kaki seribu di atas merupakan kaki seribu terbesar di dunia sehingga bentuknya mirip seperti sosej. Kaki seribu ini mempunyai panjang sekitar 16 cm dengan diameter sebanyak 1.5 cm dan mempunyai 56 buah cincin segmen tubuh. Setiap segmen tubuhnya memiliki 2 pasang kaki. Spesies baru ini diberi nama Crurifarcimen vagans dan ditemui di pergunungan Eastern Arc, Tanzania.
 
Tarantula Sazima
zzzzzzz 335x222 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
za 335x251 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Tarantula Sazima adalah tarantula berwarna biru yang termasuk langka. Tarantula ini berasal dari Brazil. Brazil sendiri merupakan salah satu wilayah di bumi yang mempunyai kepelbagaian hayati dan merupakan sumber utama penemuan spesies baru. Kerana di Brazil sendiri terdapat hutan Amazon dan pergunungan Andes.
Namun, tarantula ini hampir pupus dan hidupnya terancam oleh kerana banyaknya perdagangan haiwan gelap untuk kesayangan. Nama Latin dari spesies ini adalah Pterinopelma sazimai.
 
Anggrek Malam yang Bercahaya
zza 335x476 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zzaaa 335x217 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Sebuah anggrek yang menyala pada malam hari, jenis ini merupakan spesies baru yang pertama dari jenisnya. Hanya anggrek ini yang ditemui dapat menyala pada malam hari. Menurut para ahli botani, penyebab mengapa anggrek ini dapat menyala di malam hari masih perlu diteliti lebih lanjut. Tanaman ini ditemui oleh seorang penyelidik Belanda dalam ekspedisinya ke United, sebuah pulau berhampiran Papua New Guinea.
 
Kaktus berjalan
zaz 335x208 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zzza 335x251 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Spesies di atas disebut dengan kaktus berjalan. Organisma ini merupakan sebuah kumpulan lopodians yang memiliki tubuh berlapis baja dan bentuknya seperti cacing. Organisma ini juga mempunyai kaki berduri dan bersendi, yang merupakan haiwan artropod.
Kaktus berjalan ini bergenus Diania. Namun sayangnya, organisma ini ternyata sudah punah. Bukti kewujudan spesis ini ditemui di serpihan batu dari China.
 
Tawon Bom – Penyelam
zazzz 335x323 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zazz 335x423 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Tawon parasit di atas dijumpai di wilayah Madrid, Sepanyol dan sekitarnya. Spesies ini mempunyai cara yang unik ketika meletakkan telur mereka. Pertama – tama, mereka memburu semut yang merupakan mangsanya. Mereka akan terbang sekitar 1 cm di atas tanah untuk menyerang semut tersebut. Ketika semut tersebut lengah, tawon tersebut akan bertelur dari belakang dalam masa kurang dari 1/20 per saat. Kemudian tawon tersebut akan membungkus tubuh si semut beserta telur yang ditaruhnya. Semut yang dibungkus tersebut bertujuan untuk menjadi makanan bagi larva yang keluar dari telur tersebut.
 
Bunga Poppy Nepal Musim Gugur
zzzzaaa 335x3231 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
zzzzaa 335x251 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Bunga poppy banyak terdapat di Nepal. Bunga poppy pada gambar di atas mempunyai warna yang indah dan berseri.
Bunga poppy ini tinggal di persekitaran yang melampau, iaitu pada ketinggian sekitar 3.352 meter hingga 4.200 meter di Nepal tengah. Jenis spesies ini sebenarnya bukan merupaka jenis spesies baru.
Pada tahun 1962, seorang ahli botani Adam Stainton telah menemuinya di pergunungan Himalaya. Dan pada tahun 1994, seorang staff dari Jabatan Sumber Tanaman Tokyo juga telah menemuinya.
 
Cacing Setan
zaaas 335x251 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Cacing Setan ini dinamakan Faust Mephistopheles, merupakan jenis nematoda yang dapat hidup di persekitaran yang ektrim dengan keadaan paling teruk. Spesies dari jenis Mephisto Halicephalobus ini dapat hidup di persekitaran yang mempunyai tekanan atmosfera besar dengan suhu 37 darjah Celcius. Para saintis mencari haiwan ini setelah menggali sejauh 3.5 km di Afrika Selatan.
 
Cendawan Spongebob Squarepants
zazzaz 335x222 (Gambar) Spesies Yang Baru Ditemui...Jom Lihat
Namanya mirip dengan tokoh kartun Spongebob Squarepants. Spesies di atas merupakan sebuah cendawan yang berbentuk seperti busa spons. Cendawan ini boleh diperah tubuhnya dan kembali ke semula layaknya sebuah busa spons. Cendawan ini termasuk ke dalam genus Spongiforma dan mempunyai bentuk yang unik. Khabarnya, aroma cendawan ini seperti buah – buahan.

No comments:

Post a Comment