SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Sunday 9 December 2012

JADIKAN SAINS SEBAGAI BUDAYA AWAM

Science in Public
 
Saintis adalah golongan inteligensia yang mutlak menurut satu artikel dari internet yang ditulis oleh John Brockman. Saintis termasuk dalam kumpulan pemikir dipanggil The Third Culture yang menggunakan kaedah empirik untuk memahami alam. Menurut Brockman, dulu kumpulan pemikir didominasikan oleh mereka daripada bidang kesusasteraan kerana ketika itu saintis malu ke hadapan untuk menyampaikan pendapat mereka. Kini hal tersebut sudah berubah. Di Barat sains sudah menjadi budaya awam. Para saintis menulis dalam media massa seluas-luasnya. Lihat sahaja jumlah buku sains popular yang diterbitkan. Fenomena ketiadaan saintis tampil di media massa hanya berlaku dalam Dunia Ketiga. Maka pentinglah media Dunia Ketiga terutama di Malaysia memberi lebih sedikit pengiktirafan terhadap sains dan saintis. Walaupun apa yang ditulis atau diperkatakan oleh saintis kadangkala nampak terlalu bodoh atau terlalu pandai, berilah ruang dan peluang yang seadanya.
PopularScience kosmik
Kegiatan saintifik sangatlah kreatif dan pelbagai. Namun di Malaysia penekanan terhadap aplikasi sains sangat keterlaluan. Dasar kerajaan terhadap hasil nyata penyelidikan menyebabkan penyelidikan sains terfokus kepada soal kulit yang remeh sahaja. Aspek-aspek dasar sains terpinggir begitu lama, sedangkan kemajuan sains yang mutlak adalah apabila saintis menyoal perkara-perkara yang mendasari sains iaitu hukum-hukum dan teori-teorinya. Kebanyakan saintis terpaksa mengikut arus perdana demi mendapatkan geran, pengiktirafan dan ganjaran (seperti naik pangkat dan sebagainya). Saintis yang degil meneruskan kegiatan dalam bidang asas dipinggirkan begitu sahaja. Mereka biasanya kelihatan sangat jahil dan kerja yang dilakukan biasa sahaja. Mungkin inilah yang harus difahami oleh media dan masyarakat, iaitu walaupun kajian untuk memanfaatkan sesuatu idea saintifik itu penting, kebolehan mencetuskan idea asli dalam sains adalah lebih penting. Dalam sejarah sains, banyak contoh yang menunjukkan bahawa idea asas sains itu lebih penting daripada mencipta kegunaan sesebuah idea saintifik.
Curious Mind. jpg
Kita boleh gunakan kejayaan Paul Dirac. Dalam teorinya iaitu menerusi hasil persamaan matematiknya, beliau meramalkan kewujudan zarah semacam elektron tetapi mempunyai cas positif (iaitu berlawanan dengan elektron). Zarah ini dipanggil positron, ia hanya dijumpai kemudian oleh Carl David Anderson yang menerima anugerah Hadiah Nobel pada tahun 1936 untuk penemuan tersebut. Sekali gus, kedua-dua keputusan ini mencetus bidang sains baru iaitu bidang antijirim di mana zarah-zarah anti yang lain diselidiki. Apa yang mustahak diperhatikan ialah, asas teori yang kukuh merintis laluan, mempelopori dan membimbing sains dan saintis. Sains yang dibimbingi oleh teori atau sains berteraskan maklumat menjadi satu praktis penting bagi sains zaman bermaklumat kini. Walaupun terdapat kesedaran terhadap pentingnya sains, terutama di Dunia Ketiga, tetapi imej sains dan saintis masih lagi terkebelakang. Saintis masih lagi dianggap sebagai satu profesion pariah (paling rendah). Persepsi masyarakat ialah saintis terpaksa berkerja kuat tanpa ganjaran gaji lumayan. Akibatnya tidak ramai di kalangan anak muda yang berkebolehan tinggi tertarik menceburi bidang sains. Kebanyakan mereka hanya berminat untuk masuk ke bidang Sains Gunaan seperti perubatan dan kejuruteraan. Saya harap kuasa media dapat memperbetulkan persepsi masyarakat terutama di negara kita sekiranya kita mahukan saintis berkaliber seperti Einstein, Hawkins dan Abdus Salam.

2 comments: