SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Friday 7 December 2012

KAJIAN OTAK EINSTEIN


Nama Albert Einstein sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum ini MajalahSains.Com telah membawakan dua kisah Einstein untuk pengunjung laman ini. Yang pertama ialah artikel tentang ketokohan beliau yang berjudul "Einstein : Dari Kerani Menjadi Saintis Agung" dan yang terbaru ialah "Otak Einstein Pertama Kali dipamerkan di Muzium".

Rencana kali ini merupakan kesinambungan kisah tentang perjalanan kajian otak Einstein. Ikon saintis fizik ini sentiasa menjadi buah mulut orang apabila bercerita tentang graviti dan Teori Relativiti nya. Di tambah pula dengan kisah sejarah dan sisi kehidupannya yang unik, hampir mustahil orang boleh mengabaikan tokoh ini apabila berbicara tentang bidang sains terutamanya dalam bidang fizik.

 
Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kajian yang melibatkan Eisntein iaitu tentang fizikal otaknya walaupun ia banyak menimbulkan spekulasi dan kontroversi. Otak Albert Einstein, saintis terkenal abad 20 ini diambil 7 jam selepas kematiannya pada tahun 1955.

Otak ini menarik perhatian dunia kerana reputasi Albert Einstein yang dikatakan seorang yang genius dan istimewa. Penemuan-penemuan dari hasil kajian tentang otak beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan kemampuan manusia pintar ini yang menghasilkan banyak idea-idea baru dalam dunia sains matematik terutamanya penghasilan Teori Relativiti yang sehingga kini masih dikaji.

Kisah pengambilan dan pengawetan organ ini telah menjadi tanda-tanya banyak pihak samada ia dizinkan atau tidak. Dalam biografinya yang ditulis oleh Ronald Clark (1971), Einstein mengatakan bahawa beliau membenarkan otaknya digunakan sebagai bahan kajian dan meminta jasadnya dibakar.

Walaubagaimanapun, kenyataan Ronald Clark dibantah oleh sebahagian ahli keluarga Einstein. Anak lelaki Einstein iaitu Hans Albert Einstein memberitahu bahawa kebenaran diberikan selepas organ tersebut diambil, bukan sebelumnya. Pengambilan itu juga dipersetujui sekiranya ia bertujuan untuk diguna pakai untuk kegiatan penyelidikan yang hasilnya nanti diterbitkan dalam jurnal-jurnal berkualiti tinggi.

 
Profesor Marian Diamond yang menjalankan autopsi ke atas otak Einstein mendapati bahawa ia mirip dengan otak orang-orang kebanyakan. Menurut beliau, otak Einstein hanya terlatih pada seikit bahagian-bahagian tertentu sahaja. Prof. Marian Diamond merupakan pakar anatomi kajian otak dari Universiti California, Berkeley yang menghabiskan masanya selama enam bulan untuk melakukan kajian ke atas otak Einstein dengan memilih bahagian-bahagian tertentu otak tersebut dan meneliti sel-sel neuronnya.

Di bahagian kiri otak Einstein ditemui lebih banyak sel glial untuk setiap neuron berbanding otak biasa. Hal ini mungkin boleh menjadi hipotesis awal tentang kecerdasan Einstein walaupun Profesor Diamond tidak memberikan kepastian tentang itu.

Untuk makluman secara umum, di dalam otak terdapat dua jenis sel iaitu sel neuron yang mengatur tugas berfikir dan melakukan kerja saraf. Jenis sel kedua ialah sel glial atau neuroglia yang berfungsi menyediakan ‘makanan’ dan melakukan tugas yang membantu sel neuron.

Prof Diamond berminat untuk melakukan kajian tersebut apabila melihat gambar otak Einstein yang telah diawetkan dan dimuatkan di dalam sebuah majalah perubatan.

Otak yang diawetkan tesebut dimiliki oleh seorang ahli patologi dari Amerika Syarikat iaitu Thomas Harvey. Harvey merupakan salah seorang doktor yang terlibat yang melaksanakan proses autopsi ke atas jasad Albert Einstein selepas saintis itu meninggal dunia pada 18 April 1955 ketika berusia 76 tahun. Prof Diamond memujuk Thomas Harvey selama 3 tahun supaya menyerahkan sebahagian otak Einstein untuk kajiannya. Akhirnya Diamond berjaya walaupun hanya mendapat 4 keratan sampel dari otak tersebut.

Dalam perkembangan lain, dikatakan otak Einstein itu baru ditemui kembali pada tahun 1978 dan mendapat perhatian yang meluas di dalam komuniti sains. Otak yang diawet itu kini berada di dalam sebuah balang dan baru-baru ini dipamerkan pertama kali untuk tontonan umum di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter, di Philadelphia Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment