SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Friday 30 November 2012


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

5 comments:

  1. Cantik dan menarik..seindah pelangi

    ReplyDelete
  2. Gambar yang cantik dan penerangan yang bagus.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas komen yang dibuat oleh kawan-kawan ini.

    ReplyDelete
  4. Tahniah !!! Blog yang menarik dan penuh dengan maklumat yang berguna kepada pengunjung blog ini.

    ReplyDelete